Selasa, 5 November 2013


MONA FANDEY 

 

AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal 
1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa 
itu. 
Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi 
boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku 
sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar. 
Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi. 
Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan 
ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang 
pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri. 
Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita 
ini. Nama asalnya Maznah Ismail. 
Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana 
dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. 
Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. 
Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. 
Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. 
Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka 
hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka. 
Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu. 
Nanti aku sambung cerita lagi..................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan